Sejarah
Jejak Sebuah Bangsa
Renungan enam sahabat tentang sisi Korea yang tidak dipamerkan.
“Bolehkah kita menjadi maju, tanpa menjadi orang lain?”
Lima puluh tahun yang lalu, Korea Selatan hampir tidak dikenali dunia. Hari ini, telefon di tangan kita, kereta di jalan raya kita dan lagu yang dinyanyikan anak muda kita — banyak yang berjenama Korea.
Tetapi setiap kemajuan ada dua wajah: yang dipamerkan, dan yang jarang diceritakan. Bermula dengan lima sahabat yang mengembara ke Seoul pada musim sejuk 2015, buku ini menghimpunkan renungan enam penulis tentang kebangkitan sebuah bangsa — melalui sejarah, bahasa, agama, nilai dan ekonomi — serta harga yang dibayar untuknya.
Sebuah catatan tentang Korea, yang akhirnya menjadi cermin untuk diri kita sendiri.
Bahagian pertama: Menyingkap Korea
Setiap penulis menyelami satu sisi kebangkitan Korea — lalu bab penutup memalingkan cermin itu kepada kita.
Jejak Sebuah Bangsa
Rahsia Sebuah Kebangkitan
Lidah yang Tidak Tunduk
Warisan yang Dipilih
Iman di Negeri Material
Maju, Tanpa Menjadi Orang Lain
Bahagian kedua
Kisah-kisah kecil — lucu, mengharukan, kadang-kadang memalukan — dari musim sejuk pertama di Seoul. Dari kimchi yang dibawa pulang hingga telinga yang hampir “hilang”.
Kami bukan datang sebagai pelancong yang sekadar mahu bergambar di hadapan istana atau membeli-belah di pusat bandar, tetapi untuk melihat sendiri — dengan mata dan hati — bagaimana sebuah bangsa membina semula dirinya, dan apa yang sanggup mereka pertaruhkan demi sebuah kemajuan.
Kami menamakannya Separuh Wajah Korea, kerana setiap bangsa mempunyai dua wajah — wajah yang dipamerkan kepada dunia, dan wajah yang jarang diceritakan.

Seoul dan Muju, Disember 2015. Sebahagian daripada foto kembara yang dimuatkan di dalam buku.








Bekas pelajar taekwondo pemegang tali pinggang hitam, yang pernah bersahabat dengan seorang anak Korea sejak usia sembilan tahun. Gemar menjejak sejarah untuk mencari teladan dan sempadan.
Menetap hampir tujuh tahun di Korea Selatan sejak 2003 — belajar bahasa Korea di Universiti Kebangsaan Seoul, kemudian kejuruteraan komputer dan maklumat di Universiti Inha. Ketua rombongan dan jurubicara kembara ini.
Dikenali rakan-rakan sebagai Dr Kamil. Pernah mengembara ke China dan Australia, tetapi Korea yang memberinya salji pertama — dan sebalang kimchi untuk dibawa pulang kepada anaknya.
Dikenali sebagai Pak Brahim — peramah, lucu dan tidak pernah lekang dengan kamera. Kembara ke Korea ialah pengalaman pertamanya ke luar negara.
Menyusul ke Seoul pada Mac 2017 dengan misi meneliti rahsia kebangkitan ekonomi Korea, sambil menemui pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Pernah menuntut di Jepun selama beberapa tahun. Sahabat yang tidak banyak berkata-kata, tetapi pandangannya sering unik dan bernas — dan dialah punca kembara ini bermula.
Pra-tempahan ditutup pada . Buku dijangka mula dipos pada .
Tempahan anda telah disediakan dalam WhatsApp. Jika WhatsApp tidak terbuka, tekan di sini.
QR DuitNow untuk bayaran akan dihantar kepada anda melalui WhatsApp.
Selepas membuat bayaran, sila hantar resit dalam perbualan WhatsApp yang sama supaya tempahan anda dapat disahkan.
Buku dijangka mula dipos pada , selepas pra-tempahan ditutup. Penghantaran mengambil masa 2–5 hari bekerja bergantung pada lokasi.
Selepas menghantar tempahan melalui WhatsApp, buat bayaran melalui QR DuitNow (boleh diimbas dengan mana-mana aplikasi bank atau e-dompet) dan hantar resit dalam perbualan yang sama. Tempahan disahkan selepas bayaran diterima.
Boleh. Tambah kuantiti dalam borang — sesuai dijadikan hadiah untuk keluarga dan sahabat.
Sesiapa yang meminati Korea, sejarah dan pembangunan bangsa — dan sesiapa yang pernah bertanya: bagaimana sebuah bangsa boleh maju tanpa kehilangan jati dirinya.